power rangers

Caution: Never underestimate me.


 Online Users

Friday, May 19, 2017

Maldives trip: Day 2

*sambungan


Subuh kat sini masuk awal, so after subuh tu ktorg gosok gigi basuh muka sikit then turun sebab nak tengok sunriseeeeee yayy


Jadi mmg suatu keputusan yg bijak utk tidak terus terlena dibuai aircond kat hotel tu sebab pemandangannya subhanallah cantik sambil ditemani kucing maldives yang manjaaa hehehe (aku suka kucing, tapi benci betul kalau bulu kucing melekat kat baju) tapi this time dikecualikan sbb aku biarkan kucing tu berpusing-pusing dan menggugurkan bulunya kat seluar and baju aku sambil melihat kebesaran Allah.

Dan wajibla ada photoshoot time tu. Paling wajib merakamkan gambar gambar yg cantik walaupun tak dapat nak digambarkan macammana perasaan ktorg time tu. Maldives ni mmg dah lama sgt aku aim, dan ada beberapa tempat lagi (still work on it), so rasa bersyukur sbb diberi peluang jejak kaki kat situ.


"Make way to happiness, or else be friends with stress, depression and anxiety and of course - negativity"

"Do not let others decide the definition of YOUR OWN HAPPINESS"


Lepas dah puas bergambar dan menikmati (dan aku dah basahkan pulak seluar aku T.T) ktorg naik ke hotel utk bersiap siap. Then we took our breakfast outside of the hotel because the lounge = reception = dining table penuh dgn foreigner yg lain so ada meja kat luar then ktorg sebat jela sbb nak jaga timing hehehe












Lepastu ktorg ambil bas utk ke hulhumale ferry terminal dlm MVR3, sebelum ambil ferry utk ke male MVR5.5, perjalanan dalam 20 minit.





Lepas dah sampai male tu ktorg blur jap, samada nak pergi direct to Villingili ferry terminal or jalan area male. So at last ktorg decide utk jalan kaki ke villingili ferry terminal tu walaupun tak tahu berapa jauh. So ktorg meredah lah jalan yg busy kat pulau tu, sambil bergambar dan sempat singgah kat local market, fish market, musical fountain, etc byk lagi aku tak ingat. Plan nak pergi last day, tp sbb terlalu banyak masa, pastu nak merasai backpackers tanpa nak naik teksi so jalan dan jalan dan jalan sebelum berhenti kat satu tempat utk makan lunch iaitu bekal ktorg hehehe

(Sila scroll gambar ya ngeee)











Ikan dia sumpah besar okayyyyy, kat atas ni kira kecik la jgk. Ada satu tu dia seret kat lantai, sebelah aku siap nak gugur jantung aku sbb macam seret mayat jeeeee T.T

Serius taerkejut, tak tipuuuuuuuuu

Then ktorg teruskan perjalanan dan terjumpa artificial beach, yg boleh tahan cantiknya siap nampak ada org local berus gigi pakai pasir pantai tu (aku ada try, tapi kat hari seterusnya. scrub muka pun ada jgk cuba cuba muehehe)





Time ni dah nak dekat sampai Villingili ferry terminal, tapi tersesat then skali tengok ni mcm memorial tsunami. Kenapa aku senyum ek? Silap expression ke? and kena jalan lagi sikit baru sampai villingili ferry terminal tu



Then ktorg singgah kat masjid berdekatan ngn ferry terminal tu, solat dulu sbb ferry ke maafushi pukul 3 ptg, dan maghrib dalam pukul 6 mcmtu, so takut tak sempat nak solat kat hotel

Sebelum solat owner hotel ktorg Royal Pearl Inn dtg hantar tiket ke maafushi dgn harga 3USD dan dia tunjuk mcmna nak naik ferry yang direct ke maafushi tanpa ada henti henti kat pulau lain

Dan walaupun dah tunjuk, tapi ktorg still sesat. Senang cita ferry terminal dah depan mata kau, tapi kau tak kena naik yg depan mata tu, kau kena pusing mcm U dan rupanya kau naik ferry berhadapan dgn ferry terminal depan mata kau tu. Punya lah jauh, dahla panaih nokkk

Then bila ferry dah bergerak, aku ngn adam duk kat depan ferry tu amek angin sambil selfie hahahahaha siap boleh nmpak ikan terbang bagai







So sesampainya kat maafushi dalam sejam setengah, aku jumpa kwn skola aku yg jgk tga bercuti kat maldives waktu tu, tak sangka betul dpt jumpaaaaaa thanks to nasir jgkla sbb gtau aku klu tak xmengalami la prasaan excited jumpa org sama sekolah dan pernah sama kelas kat negara org T.T

Nak amek gambar, tapi tak amek hahaha

Lepastu ktorg check in kat Royal Pearl Inn ni, dan selesa dan luas jgk biliknya, tingkat bawah dan orgnya pun boleh tahan peramah, dan tak kisah. Bermanis muka je dorg bila ktorg tanya itu ini.



Lepas letak barang, ktorg pergi jalan ke iCom yg ktorg ade nampak time otw nak ke hotel tadi, and tgk pakej apa yg ada dan ikut budget ktorg. Luckily at the same time ada malaysian tga melepak jgk tgok pakej best and ktorg ttbe join the team utk esok dan lusa dan dpt harga murah yaayyyyy. iCom ni mcm tmpt yg offer pakej aktiviti utk kau buat kat maafushi, nak g resort mahal ke apa ke. Ngee

After that ktorg lepak kat depan hotel ktorg which is laut jgkkkkk

Tapi bezanya laut ni mcm penuh dgn binatang aneh aneh dan rumpai laut yg byk. Aku nak try pijak, tapi seram pulak hahahahaah




Okay lepastu masing masing tulis nama someone atas pasir pantai, benda biasa org buat kan hahahaha and so i made #youvebeenhere #noneedtogodah and send it to him muahahahaa


Maldives trip: Day 1



Helloooooo :D 
Jadi sebelum penyakit malas nak update aku datang, better aku give all out untuk trip kali ni, selamat membaca (kalau berminat)! Hehehehe

Rabu - 10 Mei 2017 

Pukul 8 pagi kitorg naik bas dari larkin ke putrajaya dan sampai kat putrajaya sentral kira kira dalam pukul 12 macamtu, dan sesudahnya sampai tu ktorg amek bas utk ke alamanda, sebab nak lunch kat sana muehehe
Tetiba teringat balik time internship dulu, rajin jugak aku pergi alamanda ni lepak2 cuci mata hmm dan waktu ktorg nak pergi alamanda tu, tetiba hujan lebat, dgn driver bas mcm org gila, yela kau bayangkan ade ke time lampu merah die stop tgah2 simpang empat? Apekahhh pastu tekan minyak macam tak cukup jalan. Cuak jugak time tu T.T

Then lepas makan tu ktorg gerak balik ke putrajaya sentral utk ke klia2. Aku ckp nak solat kat klia2 nanti sebab surau dorg selesa dan beraircond *demand hahahaha 
Untuk sesiapa yg masih ada kad siswa yg tak expired lagi boleh la gunakan utk beli tiket klia transit tu, sebab dari RM9.40 jadi RM6+. 
Sedihnya kad aku mmg tak expired lagi, tapi aku tak bawak brg2 or kad2 malaysia melainkan IC shj, yg lain tinggal, OMG

So sampai je klia2 tu ktorg trus cari surau, after that terus check in. Time tu berdebar2 takut kena sekat dgn ptptn or imigresen dsb, tapi aku dah check sebelum bercuti kat both website imigresen and ptptn sendiri. Mmg menangis la kalau tetiba sangkut tak boleh pergi oversea kan? Hotel semua dah booked bagai huhu


Alhamdulillah takde masalah bahagian tu, cuma aku risau kalau ktorg tanpa sedar terbawa liquid or benda merbahaya, sbb lasti time aku bawak losyen time dekat US kena rampas okay dahla baru beli sobs my bad. So alert for those yg nak berjalan oversea pastikan jgn bawak mineral water (no no no) or any kind of liquid stuff melebihi 10ml @ 100ml - aku tak sure, tp utk selamat aku bwk tak lebih 10ml. Ngeee

After that ktorg berjalan kaki jauh la jugak utk ke gate L22 klu xsilap, sebab macam awal lagi sebelum boarding time 6.15 pm.

Dan bila dah tiba masa utk boarding ktorg settle down kat seat masing2, bersedia utk tidur.

* 3 JAM 50 MINIT *

Jejak lah sudah kami ke Male International Airport dalam pukul 9.50 pm then ada org tunggu kat arrivals tu dgn signage “Dreams Water Front” then dia bawak ke hotel, so tak payah susah susah nak kena naik bas dsb, tapi dorg charge ye utk transfer ke hotel tu, bukan free free nokkkk. Better naik bas kalau nak adventure sikit, tapi tula klu ikut review blog org lain dekat je sebenarnya, tp kalau ikut dia mcm jauh bebenor dan kenyataannya mmg dekat pon zzz

So lepas je check in dan melepaskan beban backpack, dan ktorg tukar duit 10 USD sorg kepada rufiyaa dgn orang hotel tu so each of us ada 150 rufiyaa, aku collect duit tu dan akan gunakan utk makanan dan transport dan lain lain yg boleh bayar sekali so senang sikit. Then ktorg pun decide nak berjalan area hulhumale tu nk tgk waktu malam mcmana, siap singgah kat 'kedai runcit' dorg, beli mineral water dua botol 1.5L = 12 rufiyaa, skali beli jus hamekk kauuuu total 52 rufiyaaa hahahaha 

Utk pgetahuan korg barang import kat maldives ni mahal gila, so kalau agak agak nak beli mineral water ke jajan dsb beli yg local punya sebab murah gilos

Sesudah tu, ktorg decide nak dinner, tapi nak cari kedai paling murohhh kat kawasan tu and fortunately jumpa satu, but the weird thing is kedai tu mcm takde lampu. Jimat kot? Seriously ktorg tak nampak pun ape yg ktorg makan, tp sebab dah lapar so bedal jela. Jgn risau, ni negara islam, so inshallah semuanya halal. Air pulak minum jus mahal yg ktorg baru beli kat kedai runcit td. Total spend mlm tu dalam 90 rufiyaa. 



Lepastu singgah pantai jap yg mmg betul2 berhadapan ngn hotel ktorg, mengagumi kebesaran Allah dgn jernihnya air even waktu malam sebelum balik bilik solat dan tidur.



Tuesday, May 16, 2017

Overall cost : Maldives


Hai Assalamualaikum semuaaaa

Hmm actually aku nak buat sambungan entry #Eurotrip aku tu, tapi dah tertangguh so aku post trip aku yg paling latest ni lah hehe

So since ramai yg dm tanya aku macam mana aku pergi Maldives, especially the cost sbb yup maldives mmg mahal kalau nak pergi, it could cost like thousands of ringgit, so now aku akan update budget cost aku.

COST NI per PERSON.

  • Flight ticket Airasia = RM 398 - (incude 20kg baggage - utk balik shj dan share bertiga) 
  • Hotel 5 days 4 nights - 66 USD = RM285
  • Kami tukar 10 USD kepada rufiyaa (150 rufiyaa) and spend for:
+ hulhumale to hulhumale ferry terminal by bus 3 rufiyaa
+ hulhumale ferry terminal ke male ferry terminal 5.50 rufiyaa
+ (excluded from rufiyaa punya calculation) from male ferry terminal ke maafushi 3 USD 
+ maafushi ke villingili ferry terminal 30 rufiyaa
+ villingili ferry terminal ke male airport by speedboat 25 rufiyaa

total up transportation 13 USD = RM56

  • Makan - kami order beberapa hidangan dan bayar menggunakan rufiyaa yang ada, so far kami guna 90 rufiyaa utk 2 hidangan, share2. Sebab breakfast kami setiap hari disediakan oleh hotel, and kami bawa bekalan nestum, maggi, biskut, energy bar, keropok dsb dari Malaysia
  • Simcard (share) - Oooredooo 32 rufiyaa (rasanya mcm tak perlu. ikut keperluan, mcm kami haritu kena contact org hotel sbb mereka yg tolong belikan tiket ferry ke maafushi)
  • Pakej aktiviti - Rihivelli resort 30 USD transfer + 56 USD entrance fee include lunch = RM371.50 + Kayak rental 9 USD = RM38.90
  • Snorkelling (4 checkpoint) - 35 USD = RM151
  • Souvenir - depends kat you all but harga semua boleh tahan pricey jgkla, bawak lebih beli lebih, bawak kurang beli setakat perlu
Macam kami yang travel dari johor ke klia2 so ada cost tambahan tiket bas pergi balik jb-kl =  RM64.20
klia transit two way = RM18.80
and to include duit makanan yg kami bawa dari malaysia each of us spend plus minus = RM30

if nak kira total kami spend di Maldives (exclude flight ticket) RM902.40
cost termasuk flight ticket would be RM1300.40
dan kalau nak overall spending aku xtermasuk souvenir RM1413.40

p/s: jgn lupa untuk bawak duit lebih for souvenirs 

Rasanya itu sahaja, in case ada apa apa tambahan aku update kemudian. Next post aku cerita perjalanan aku ke sana macam mana hehe till then!


Saturday, February 18, 2017

Euro trip: Goodbye Italy! Hello Oxford! Ehem Holland

7th April 2016

Yup yup harini aku terlebih rajin untuk update blog aku. 
Let me be. 

Pagi pagi tu, bersiap mcm biasa and dh terhidu hidu dah bau roti smua. Rupa rupanya owner homestay tu masuk homestay tu utk prepare kan breakfast woot woot, rajin gilaaaaa hehehehe grazie mille! 

So ktorg menjamu selera roti yg super lembut, 100% fresh orange juice, juice kat oversea selalunya buatkan korg tak rasa tertipu kalau nak compare yg kat malaysia la. 
Hahahaahhaa mungkin aku tak terjumpa lagi kot juice yg ori kat tmpat aku tinggal ni hmm

Lepas dah angkut barang barang, maka kami pun bergambar dan menjadi kebiasaan la aku akan jd monopod berada di barisan paling hadapan sekali dan muka paling besaaaar sekali hahahaha 
Pokok bunga kat halaman rumah tu cantik pulak aku tgok bercabang cabang, ala ala oversea sgt hahaahha amenda aku merepek ni? Hmm





acah acah amek angin~

Pagi ni ktorg kena naik flight dari airport milan ke london utk ke tempat izat. So kat sana ktorg takkan sewa homestay sbb ktorg duduk rumah sewa izat dkt oxford brookes tu. Hehehe


hmm nama iols izzati ye, time aku tgok balik gmbr ni kat album aku pun aku dah pelik, dah kenapa aku nak snap tiket flight izzat plak? tp bile tgk nama papa aku, hahahaha nama kena potong. ketahian betullll

So merasa la aku naik British Airways, and first thing aku usha adalah pramugari/a dorg. Hahahahaha and nak tahu tak, pramugari dorg sume tua tua, dan aku terfikir gak bukannya kena cantik cantik sexy bagai ke nak job ni? Entahla, no komen hehehehe

HAAAAA korg nampak tak kat bawah ni?? Yg putih putih tuuuuuuuuuu?
Rasanya ktorg melalui switzerland nak g london ni hehehe so nampak la gunung bersalji sepanjang dlm flight tu. Aku ade rekod video lagi, nt nak tunjuk cucu cicit lel aku pun terfikir dalam hati, di manakah pergunungan alps? Adakah di bawah ini? Aiceceh entahla, tapi excited beb nampak benda yg slalunya kat dlm tv or internet, tapi ni depan mata. Hope one day dpt ke switzerland puloks. hewhew


 mcm tepung gandum yg nak buat cekodok je hmm

So lepas je sampai kat airport (tak ingat nama), ktorg pun angkut la luggage ktorg yg nak dekat 8 ke 9 ntah, nak tau ktorg naik apaaa??? Sila teka.

BAS.

BAWAK 8 LUGGAGE.
 hahahahahaha

Nak naik teksi mmg tak la, sbb berlima lepastu beg berguni guni ni haaaa plus izat ckp teksi sana mahal lagi lagi teksi hitam tu.

So dalam kesejukan kat kota london tu, utk aku first timer la jgk temperature rendah gituu menggigil gigil, sampai cramp kaki tunggu bas kat tepi tu hahahahahaha. Bile bas dah sampai nak angkut luggage lagi, kau bayangkan betapa bersusah payahnya ktorg hehehe

Tapi best woooo, kalau travel semua benda senang tak mencabar la citenya kan? Tapi cabaran nak kena angkut barang, tunggu bas aku boleh lagi, cuma yg tang tertinggal duit tu tolonglah moga tidak berlaku lagi T.T

tapi ktorg naik bas tu bukannya sampai ke tempat izat, sbb tmpat izat mcm jauh lagi jgk kot. Ktorg naik bas and turun kat satu tempat sewa kete (pakngah dah booked awal2) so amek kete kat situ. Mula mula dorg bagi kereta kecik gilos (mengambil kira luggage byk), then try nak mintak yg besar sikit boleh dorg bagi van yg ala ala mini bus dah aku rasa. Over tauuuu! Hahahaha nasib baik la last last dpt size kete yg okay tak kecik tak besar. Tapi dalam proses tu bersejuk sejukan dan berlaparan jgk la sbnrny hehehe

Maka sesampainya rumah sewa izat kat oxford brookes ktorg turunkan luggage and susun (tak susun sgt) kat dlm bilik izat hahahaha sblm aku, kaksara and izat berjalan kaki g beli kfc utk isi perut hewhew

sambil sambil tu tgk la kwsn kejiranan and kedai2 kat tmpat izat tgl ni. byk jgkla org jual mknn halal, so mcm xde mslh sgt kot nak cari mknn halal~ 

Ktorg menyinggah je kat tempat izat ni sbb nak drop luggage sebelum bertolak ke jengjengjeng. Takkan nak angkut semua sekali ye dok? Hehehehe

Lepas dah kenyang, ktorg pun.... 

to be continue

Euro trip: Bologna Children's Book Fair (day2 till day 4)

GOOD NEWS! 
Owner homestay kat Istanbul tu inform pakngah yg dia dah bank in kan duit ktorg yg tertinggal tu!!
Allah je yg tahu betapa bersyukurnya aku sbb masih ada lagi mereka yg jujur dan amanah kat dunia ni. Serious time dpt tahu tu aku excited and terharu gilaaaaaaaaaa. Yela kau bayangkan duit sekelepuk mcmtu boleh je dia larikan Allahu takde apa yg boleh aku balas selain mendoakan agar Encik Fehmi dan keluarganya diselamatkan dunia akhirah, dijaga kesihatan, keselamatan, dan keimanannya di sini dan di akhirah sana. Aaaaamin!

Aku siap nekad kalau aku pergi balik istanbul tu aku akan pergi jumpa Encik Fehmi, bawak buah tgn dari Malaysia etc etc. One fine day, inshAllah jika Allah makbul.

Pastu aku nak beli turkish delight tu (TOLONGLAH) huaaaa

*****

BCBF Day 1 (4th April 2016)

Good morning, rise and shineeeee! Eceh, acah acah kat bologna lagi hahahaha so pagi ni ktorg akan mulakan misi utama ke italy which is utk attend Bologna Children's Book Fair. So sebelum apa apa aku nak gtau awal awal la, sepanjang bookfair ni berlangsung aku tak banyak amek gambar pun, and mungkin tak byk benda aku boleh share. Certain is private and confidential huhu tapi aku akan cerita kan serba sikit pengalaman yg aku peroleh kat sini :)

Cantikkan? Styleeeeee

Oh ya utk bookfair kali ni izat tak follow, dia duduk kat homestay utk siapkan assignment dia yg supposedly kena submit dlm masa terdekat rasanya hahahahaha *tolong gelak*

Mulakan juga pagi anda dgn selfie, waktu ni la muka paling fresh kot?

So masuk je dalam hall tu, ktorg disajikan dgn sebuah papan besar (aku tak boleh nak recall istilah yg patut digunakan) di mana para pelukis, ilustrator dari seluruh pelosok dunia (wakilkan company) akan display lukisan mereka, siap bagi contact number in case ada company yang berkenan dsb. So first thing yang ktorg buat adalah pergi ke booth utk tgk and set up booth Ana Muslim. 

Then after dah settle set up, ktorg pergi balik kat tempat display lukisan tu semua utk tampal lukisan lukisan cantik dan comel pelukis dari Ana Muslim, better ktorg pergi awal dan cop or tampal tempat yg okay sementara tak ramai lagi org kan? and from time to time, ktorg akan pergi balik kat situ utk tgk if ada tak org yang cuba untuk overshadow atau tutup lukisan yg ktorg tampal ngeee

Ini la dia tempat display bakat bakat lukisan tu. 
Seriously banyak gilaaaaaaa lukisan yang cantik cantik, yela dari pelbagai negara kan, so teknik, kreativiti, idea dan sebagainya pun lain lain. Aku mcm excited gila, lagi lagi aku pun peminat seni (basic je), colors and such so lebih kurg mcm makanan aku jgkla, i mean, aku enjoy la tgk this stuff takdela boring or mati kutu hehehe. Aku amek semua contact number dorg (dalam bentuk name card), bukan sbb aku nak contact, tapi sbb name card dorg comel comel hahahaha seriously tak tipu.

Ok, haruslah? Hahahaha

 So booth ktorg mmg berjiran dgn kota buku, dsb (tak ingat), then aku terjumpa pula dgn this one chef kat semanis fondant kot kalau tak silap aku, yg masuk rancangan tv tu, aku tgk jgkla kadang2 tapi tak follow sgt, hehe

So gambar gambar ni pun aku amek time waktu terluang. Habis je bookfair dlm pukul 6 gitu, agak lemau dan penat jgkla. Bookfair ni bukannya berjual beli brg2, ni nak jual copyright so mcm byk menunggu, dan bercakap sbnrny. Tapi aku tolong mana yang mampu jela. Hehehe

Balik je dari bookfair tu, ktorg follow group kota buku kalau tak silap utk ke tempat yang jual daging halal (kedai arab). Nasib baik ada yg pandai ckp arab, so mereka tlg tawar menawar dsb and yesssss ni of course lah favourite pakngah, sebagai seorang yg cintakan masakan dan gemar mencuba something new, so here it is, beli beli sebelum balik utk masak masak.

and ktorg bru tau rupanya pak arab tu pandai je speaking hahahahahahahahahaha susah2 je nak translate arab T.T


Aku dah KO jgkla, so after tlg masak, mandi (ke?), makan, solat, scroll insta, bebel bebel to sum up the day yada yada yada bum tidur~


BCBF Day 2 (5th April 2016)

So pagi tu pergi tgk booth Nickleodeon dsb, sbb tujuan pergi children bookfair ni pun sbb nak tgk negara lain punya penghasilan buku buku. Hehe 




 Ni kebetulan ada tempat nak conteng conteng so aku acah acah jgkla nak cantikkan, last last tulis nama sendiri je LOL

OK dah habis day 2. Haaa aku dah cakap, takde gambar sgt, gmbr atas ni pun time waktu rehat solat makan, aku rayau sekejap tgk booth lain then back to work

and to make it short, this is the worst day ever!!! utk aku, kaksara and makngah. For what reason, maaf ya huhu tak boleh dedah.

Senang cite aku hampir bertekak dgn mat saleh, sbb dia biadap nak mampuih. Darah dah mendidih. Tapi aku pun sedar diri ini kecil dan apalah sangat kudrat aku, makanyaaaa... hahahaha

Kbye

BCBF Day 3 (6th April 2016 @ last day)

So harini merupakan hari terakhir bookfair ni, then pagi tu ktorg breakfast mewah gila mcm kat bawah ni, actually hari hari ktorg breakfast, tapi aku tak tangkap gambar je. Oh dan setiap kali breakfast, akan ada buat lebih lebih utk dibekalkan pegi bookfair tu for lunch, sbb berjimat okehhhhhh dan susah nak cari makanan halal kat italy.

 Sardin, roti, lempeng, nasi goreng, hotdog wahhhhh alhamdulillah



Then ktorg kemas booth dalam tengahari kalau tak silap, sbb start dari semalam aku dh hilang mood nak tulis note disebabkan mat saleh tu, lepastu ktorg balik ke homestay utk angkut barang barang sbb ktorg akan fly ke Oxford esok pagi dari Milan. Jadinya ktorg akan berangkat dari airport Milan (which is airport yg ktorg sampai ke italy dari istanbul tu).

Dan yuppp aku tidur sepanjang perjalanan hahahahah ntah pape, jalan jejauh sibuk nak tidur baik takpayah kan? T.T aku terjaga time dah nak hampir sampai homestay kat milan tu. So adela jugak merasa sesat sesat sikit nak cari homestay and 5 minit lepastu dah jumpa kbye hahahaha


 atas ni toilet aku, kaksara, and izat. Sejuk gila lah lantai die, xletak karpet ke apa wehhh, nak mandi jgn cerita, mmgla ade heater, tapi tetap sejuk. Nak gosok gigi ngn basuh muka lagi, aku rs mcm boleh beku gigi aku hahahaha

 Sila lah tgk kaksara dah berselubung, dan heyyyy my bantal busuk kaler merah tu pon nak join sekali laaaa hewhew shooo cuteeeee dan izat mcm biasa sllu jadi mangsa kena tdo kat sofa la apela, tp luckily ada single bed ttbe kat hujung tu hahahahahah sorry weh

 dapur not so dapur

 meja makan

living room yg ktorg tak bother pun nak guna hahahaha

haaa ni sebelah meja makan, tak silap aku takyah bayar pun nak minum tu sume, free jek 

 mcm ruang ofis owner and aku selongkar almari belakang tu fuh siap ade nutella dlm paket kecik kecik, berus gigi, tuala bagai dalam tu. Extra kot, tp aku tak amek la, just menyibuk nak tau je. Pastu nak bukak pintu blkg tu ttbe rasa takut plak, hmmm 

 *Bilik pakngah makngah*

Time ni makngah tga solat, terhegeh2 pulak aku nak tgkap gambar la, nak cari brg la, keletang keletung ntah pape je, troublemaker betul


So mlm tu ktorg decide nak makan pizza, makanya yg laki laki keluar utk mencari pizza dan kami yg wanita ni buat la apa yang patut sebelum dorg balik dan kami dptla makan pizza tuna kalau tak silap, lagi satu tak ingat hahahaha.

So saje je aku nak listkan homestay kat italy yang aku suka:
1. yg dekat san marco @ venice tu
2. this one
3. yg english style tu 

huhuhuhu

Setelah meng-judge homestay2 tersebut aku pun beradu~