power rangers

Caution: Never underestimate me.


 Online Users

Tuesday, December 22, 2009

renungkan.

kadang-kadang kita ditipu,
bukan kerana kebodohan kita,
tetapi kerana kelalaian kita.

kadang-kadang kita dihina,
bukan kerana kehodohan atau kekurangan kita,
tetapi kerana mereka yang menghina kita itu merasakan diri mereka sempurna sebagai seorang manusia dan hamba Allah.

kadang-kadang kita dipinggirkan,
bukan kerana kita melakukan kesilapan,
cuma Allah ingin kita bersendirian,
menafsir dan menilai serta memperbaiki diri sendiri.

kadang-kadang kita teringinkan sesuatu,
tetapi kita tidak memperolehinya,
hati kita sedih dan hilang semangat,
bukan kerana Allah tidak sayang akan kita,
cuma Dia tidak memberikan kita sesuatu yang baik,
kerana Dia mempunyai perancangan yang lebih baik.

kadang-kadang kita makan dengan jumlah yang banyak,
tetapi tidak kenyang-kenyang,
bukan kerana kita tidak cukup makan,
cuma Allah laparkan perut kita untuk kita berfikir tentang kesederhanaan dan mereka yang tidak mampu.

kadang-kadang kita setia kepada pasangan kita,
tetapi kita dikhianati,
bukan kerana kita melakukan kesilapan,
tetapi Allah hendak kita berfikir bahawa cinta manusia hanya sementara, cinta kepada-Nya cinta yang abadi dan takkan dikhianati.

kadang-kadang kita dipuji,
bukan kerana kelebihan kita,
tetapi kerana mencari keredhaan Allah disebalik kebaikan yang ditunjukkan.

kadang-kadang kita menulis,
bukan kerana kita mempunyai idea,
tetapi kita hanya menyampaikan sesuatu yang kita rasa patut kita kongsi sesama manusia.

jadi, apabila berlaku sesuatu diluar jangkaan kita,
sama ada baik atau buruk,
berfikirlah bahawa Allah takkan mensia-siakan kita.
disebalik segala yang terjadi ada sinar yang menanti.
InsyaAllah..


by: ME. izzati,,

1 comment:

  1. wah mcam lecture dah..huh
    goods.. zati ko dah bleh create book dah zati..

    ReplyDelete