power rangers

Caution: Never underestimate me.


 Online Users

Wednesday, November 14, 2012

Salaam. Oh ya! 
Mengenai hati manusia yang complicated.
Kami telah berbincang dan berdiskusi mengenai hati dan perasaan.

Apakah keadaan sebenarnya untuk membenci seseorang?

Maka disini dapat dibezakan bahawa jika kita ingin membenci "seseorang" itu, hendaklah kita membenci tindakannya, bukan pelakunya.
Sebagai contoh, jika kita membenci perangai seseorang yang kuat menipu atau mencuri, hendaklah kita membenci tindakan beliau yang suka dan gemar menipu dan mencuri, bukannya diri pelaku tersebut. 

Disini dapat dieertikan bahawa kita membenci segala kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang untuk dijadikan panduan agar kita tidak melakukan perkara yang serupa.
Hal ini kerana, siapa kita untuk membenci? Apa hak kita? Jika membenci seseorang itu serupalah kita membenci makhluk ciptaan Allah. Serupalah kita membenci diri sendiri. 

Malah, jika kita ikhlas menyayangi seseorang itu haruslah kita memperbetulkan perkara yang tidak baik dan tidak menjadi kesukaan pada dirinya. Itu tanda kasih juga tanda cinta. Cinta bukan hanya digunakan untuk boyfriend atau girlfriend sahaja, malah cinta merupakan suatu perasaan suci dan tulus bagi mereka yang mengasihi dirinya sendiri dan juga pendampingnya 
(kelurga, rakanrakan etc)

Sekadar berkongsi agar dapat menghilangkan sifatsifat mazmumah.

Contoh-contoh bagi sifat mazmumah. Buat tick list, agar dapat disenaraikan dan dikenalpasti lalu diubah agar menjadi lebih baik, insyAllah :)

1. Pemarah
2. Pendendam
3. Hasad Dengki
4. Bakhil
5. Tamak
6. Tidak sabar
7. Ego 
8. Riak
9. Cinta dunia

Andai dapat kita bermujahadah, maka akan dibantu Allah.

"Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang yang beriman, supaya bertambah keimanan mereka. Kepunyaan Allah tentara langit dan bumi dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

Surah Al-Fath (Kemenangan) 48:8


"Sesungguhnya Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari kiamat dan sesiapa yang banyak mengingati Allah (sewaktu susah mahupun senang)"

Surah Al-Ahzab (Kaum Sekutu) 33:21


p/s: Dalam process membaiki kekurangan diri. 
Buang yang keruh ambil yang jernih.

No comments:

Post a Comment