power rangers

Caution: Never underestimate me.


 Online Users

Saturday, May 18, 2013

Hello Americaaaaaaa!

Assalamualaikum!

Berpijak ditanah orang ni actually akan berikan kau rasa semacam perasaan nyaman dan kekaguman dengan kuasa Allah, aku duk berbisik dalam hati je, minta Allah lihat dari perspektif aku yang kerdil lagi hina ni, betapa kagumnya aku dengan langit yang luas, pastu dgn orang yg pelbagai warna kulit, live depan mata.
Bukan nak cakap kat Malaysia takde kesedaran tu, tapi biasanya yang aku dengar orang yang duk oversea ni samada dia semakin dekat dgn Allah atau makin jauh.. yang betul2 stay sini beberapa tahun, study, or dgn family. Imankan turun dan naik :)

Rumah kat Chicago yang aku tengok time naik bus ke Madison tu swearrr best gilak kott! Sebijik-sebijik tanpa pagar, aku taktahu cmne nak gtau tp yg penting super best kalau dapat satu. Nt nak mintak  #Izzat tolong designkan sebiji rumah utk aku laaaaa hahaha ^^ best best serious best! Teringin nak tgok dalam rumah tu cmne, pakngah makngah aku ckp lagi cantik dari luaran...
Takpela, nt g rumah makuda kat Connecticut, kawasan Muslim.. bley survey betul2 ;P

So sepanjang perjalanan dalam flight tu syukurla aku steady and tak pening-pening. Nasib baik, kalu tak mesti aku tak selesa dan itu akan membuatkan org lain pun tak selesa kot? Macam mama aku dulu time g haji pun sampai stay toilet (sian my mum).. but! sesampainya aku dekat Chicago aku muntah sbb tak ready time kapal terbang nak mendarat, duk sibuk main game -.-"

andddddd makanannye boleh tahan bestla, kalau MAS die bagi option..
"Would you like coconut rice (nasi lemak) with spicy prawn or an omelet with cheese bla3" kata si pramugari dekat mat saleh2 tp time nak tanye aku jeeee, tahu die ckp ape. She make it simple by asking me "Adik nak nasi lemak ke telur?"
(pastu kena gelak dgn cousin aku) 
HAHAHAHAHAHAHA 

Sepanjang perjalanan 29jam 45minit tu, aku solat Subuh je.. sbb merentasi garisan khatulistiwa ke apetah (georgrafi form3) so aku tak merasa zuhur asar maghrib mahupun isyak dlm tu. 
Then,
Alhamdulillah, aku selamat sampai kat University of Wisconsin, Madison tempat cousin aku study ni. Sampai-sampai je salam hugs kisses sume terus call mama, mama risau :* Esok (Sabtu) beliau akan graduate and harini masih lg menghadapi final. Hihi
Fyi, waktu kat sini lambat 12 jam dari Malaysia which means kalau malaysia pagi sini malam and vice versa. Aku taktahula samada aku mengalami jet lag atau tidak, yg penting aku tidur bile aku nak and berjaga untuk online. Hehehehehehe


Tak mandi lagiiiiiii sebab kat sini sejuk and tak berpeluh punggggggg even summer



(current time updating my blog 8.31 AM)

Subuh 5.30 AM dah terang okayyyyy and aku tak tidur sampaila skang.
Semalam sempat lawat library university ni, best kot. Maju gile, nanti aku tangkap gambar2 kat sini and update kat blog :) 

So till we meet again! Yg pesan barang tu, kalau duit cukup aku tolong belikan yeeee sebab currency kat sini 3 kali ganda dari Malaysia, 30 USD = RM 90. So aku pun kena manage budget utk family jugak.. duit bawak ngam2 je hehehe :) 


No comments:

Post a Comment