power rangers

Caution: Never underestimate me.


 Online Users

Monday, December 9, 2013

Bahagia?

Jika bahagia itu berbayar,
aku mungkin tidak mampu meraihnya

Walhal untuk menyewa bahagia itupun,
belum tentu dapat aku bayar bulanan

Jika bahagia itu serpihan kaca yang meluka,
aku sanggup perhamba mengutip serpihannya
dan jika bahagia itu duri menikam
aku rela ditusuk untuk merasanya

Bahagia itu hanya dapat kau rasa,
jika kau tidak sekali bermaksud basi dalam berkata,
ikhlas hati itu kuncinya
untuk meraih bahagia, ibarat sepanjang nyawa kau perdagang
kerana manusia takkan pernah puas
dan itu lumrah dunia
dunia yang kau sangka syurga


Nak bahagia?
Usaha.

Nak bahagia?
Berubah kepada lebih baik.

Nak bahagia?
Cintai diri sendiri.

Nak bahagia?
Ikhlaskan hati.

Nak bahagia?
Jangan mengungkit.

Nak bahagia?
Jangan membanding.

Nak bahagia?
Saling berkasih sayang.

Nak bahagia?
Doa.

dan jika bahagia tidak jua kunjung tiba,
maka sebenarnya ingin bahagia itu,
hanya kata-kata.

dan kau, hanya sedang mengempukkan tilam derita.

"Kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha"



No comments:

Post a Comment