Namaku Aisyah.
Aku punya sebuah kisah yang bangga untuk aku kongsikan bersama. Ya, aku bertemu dgn Yusuf tika kami masih lagi di alam tadika. Dia seorang pelajar yg sangat pintar dan menjadi kesayangan guru-guru tadika di situ, tambahan pula, rupa parasnya yg kacak bagiku. Kami tidak rapat serapat dia dengan kanak-kanak perempuan yg lain, kerana aku seorang yg pendiam. Aku selalu perhatikan dirinya dari jauh. Itu sudah cukup untuk buatku bahagia, hanya dgn melihat senyumannya. Walaupun senyuman itu bukan disebabkan aku.
Kami merangkak ke alam sekolah rendah, dan pada waktu ini aku sekeluarga terpaksa berpindah dari taman itu. Abah telah ditukarkan tempat kerja, dan antara mahu atau tidak, aku tidak punyai sebarang pilihan. Tidak sempat untuk aku ucapkan selamat tinggal kepada Yusuf, mahupun rakan-rakan yang lain. Aku pergi begitu sahaja. Ya, begitu sahaja.
Waktu berlalu begitu pantas, dan kini aku ditawarkan untuk menyambung pelajaran di salah sebuah university tempatan. Ibu dan abahku sangat bangga akan pencapaianku semasa SPM. Aku juga begitu, tetapi dia masih diingatanku. Bagaimanakah keputusannya? Mesti cemerlang. Aku ingin ucapkan tahniah padanya... kenapa aku masih mengingati dirinya? Mungkinkah dia cinta pertamaku? Aku tahu aku masih kecil tika itu untuk mengenali apa itu cinta pandang pertama, tapi hatiku kini seakan-akan setia bersama dengannya. Walaupun sepatah perkataan pun aku tidak pernah luahkan padanya. Pengecutkah aku?
Sewaktu hari pertama di university, kami diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing di hadapan rakan sekelas. Sewaktu aku sedang membelek-belek brochure university, hawa telingaku disapa dengan satu suara yang garau tapi masih kukenal lenggok bercakapnya itu. Aku buang pandang ke depan. Yusuf? Benarkah itu Yusuf?
“Assalamualaikum. Nama saya Muhammad Yusuf bin Ibrahim, berasal dari Kuala Lumpur dan dilahirkan pada 6 Januari 1990.”
Aku terpempan. Dia kupandang lama, seakan-akan meragui segalanya. Segalanya!
Dia mengalih pandang ke arahku, dan waktu itu kami bertemu pandang sebelum aku menunduk. Aku sentiasa kalah, dan aku tahu aku tidak sekuat yang kusangkakan. Dia tersenyum.
Sewaktu aku memperkenalkan diri, dia sibuk bersama dengan telefon bimbitnya. Sikitpun dia tidak mempedulikan aku. Tidak tahu untuk bereaksi apa, bersyukur kerana dia tidak mendengar? Sebab kuyakin jika dia menenung diriku dihadapan, aku tidak akan dapat meneruskan sesi memperkenalkan diri ini. Sedih? Kerana dia tidak punya sekelumit rasa ingin tahu terhadap diriku?
Dia masih seperti dahulu. Pintar. Sangat pintar. Hendak aku punyai anak-anak pintar sepertinya suatu nanti. Hendak juga aku tanyakan kedua ibu bapanya bagaimana mereka mendidik Yusuf sehingga menjadi begitu pintar. Yusuf. Namanya dikenali di university itu. Mewakili university dalam segala sukan, menjadi ketua bagi majlis perwakilan pelajar, dan segalanya kurasakan sempurna tiada cela.
Dan, siapalah diriku jika hendak dibandingkan dirinya…
Dia sentiasa dihadapanku. Mencantas segala kemungkinan untuk aku mendahului. Dia umpama pemimpin dalam hidupku. Pernah suatu ketika, pihak university mengadakan larian “A walk to remember”. Aku yg lemah, seakan-akan boleh tumbang bila-bila masa sahaja dan sewaktu menghampiri garisan penamat, tiba-tiba Yusuf memotong larianku, menghadiahiku dengan sebotol 100 plus sambil tersenyum bersama susunan gigi yang putih menawan. Aku terkesima. Ya, sangat terkejut.
Sewaktu ditahun akhir pengajian kami, semester akhir yang tidak dapat kuduga atau ramalkan adakah aku dan Yusuf akan bertemu kembali?
Yusuf menerima anugerah khas bagi pencapaiannya yang sungguh memberangsangkan. 4 flat untuk setiap semesternya. Dekan untuk setiap semester. Aku bangga untuknya. Aku? Aku terkucil dibeberapa semester, dimana aku hanya peroleh 90% dekan sepanjang ijazahku ini. Tak mengapa. Salahku yang leka.
Semasa cuti selepas memperoleh ijazah dari universitiku, aku dikejutkan dgn rombongan meminang daripada sebuah keluarga mewakili anak lelaki sulung mereka. Ibu dan abahku sudahpun berkenan dgn bakal menantu mereka dan aku menurut sahaja kata mereka kerana kutahu pilihan mereka adalah yg terbaik untukku walaupun hatiku masih pada dia….
Yusuf. Dia sentiasa mendahuluiku.
Kini aku bergelar isteri pada insan yang paling kusayang, Yusuf, yang telah meminangku dan turut mencuri hati kedua ibu bapaku. Betapa gembira hatiku! Selepas kami diijab kabulkan, dia menceritakan bagaimana dia mencari aku selepas mengetahui aku berpindah ke tempat lain sewaktu kami masih di tadika. Bagaimana dia menangis hendak bertemuku lagi, dan sewaktu di university dia begitu teruja bertemu denganku. Dia juga beritahuku bahawa dia telahpun tahu akan kewujudanku sebelum aku mengetahui kewujudannya di university yg sama. Bagaimana? Dia mengenali caraku berjalan. Aku tanyakan bagaimana aku berjalan? Burukkah sampai dia mengecamku dengan cara begitu? Dia tersenyum, mengatakan;
"Its all about love and instict, dear,"
Lalu kutanyakan lagi, kenapa dia tidak menghiraukan aku sewaktu aku memperkenalkan diri? Lalu jawabnya, dia tidak perlukan semua itu, kerana dia lebih jauh mengenaliku.. dia tahu semuanya tentangku.. asalku, tarikh lahirku, adik beradikku, ibubapaku. Oh Yusuf!
Semua itu kenangan yang sangat indah. Mengenalinya berikan ku bahagia.
Dan kini, aku sedang membesarkan sepasang anak kami yang kacak, cantik dan pintar sepertinya. Seperti yang kumahukan. Dia mengajarku erti kehidupan yang selama ini aku tak mengerti. Dia mengajarku erti kuat dan tabah, redha dan percaya, sentiasa berusaha walaupun ditimpa gagal.
Dia ajarkan aku semua itu dengan pemergiannya ke Rahmatullah. Bertemu Pencipta kami akibat kemalangan.
Dia sentiasa mendahuluiku.
Sehingga ke akhir hayatnya, dia menjadi pemimpinku.
Sahabatku.
Kekasihku.
Imamku.
Suamiku.
Dia sentiasa mendahuluiku.
Sehingga ke akhir hayatnya, dia menjadi pemimpinku.
Sahabatku.
Kekasihku.
Imamku.
Suamiku.
Sebotol 100 plus yang aku simpan selalu kupandang, seakan-akan memberikan ku semangat, seperti apa yang telah dia buat untukku; berlari perlahan-lahan dibelakangku kerna khuatir akan diriku yang nampak tidak bermaya.
Dan aku percaya, dia masih berada dibelakangku, memerhatiku dengan pandangan penuh kasihnya, melihat aku tertawa semula bersama anak-anak kami.
Semoga dia sentiasa tenang disana, gembira bersama para penghuni Syurga.
Terima kasih wahai suamiku.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment