power rangers

Caution: Never underestimate me.


 Online Users

Friday, January 10, 2014

Kepak Ayam Bakar/ Ayam Bakar Madu

Hi Assalamualaikum.
Rasa macam nak share resipi (baca tajuk post).
Antara sebab kenapa aku pilih menu ni untuk masak, sebab ia menggunakan hanya sedikit saja bahan bahan nak masak. Nampak kan kemalasannya disitu?
Ya, sila diam. Saya mmg malas, hahahaha

So bahan bahan yg diperlukan adalah;

Bahan A
If you guys nak masak kepak ayam, it takes 5 portions of wings. Kalau tak, tibailah bahagian lain.
1 sudu makan madu
1 sudu makan sos tiram
Garam secukupnyaaaa
Minyak masak of course, to be exact 3 sudu makan.

Bahan B (ditumbuk)
2 inch halia
1 sudu makan lada hitam
3 ulas bawang putih

Ok, aku masak 8 portions ayam, so aku tambahkan tambahan kesemua bahan kat atas. Pandai pandai bajet, tp jgn banyak sgt sebab nanti time perap ayam tu, sos tu akan mencair sebab ayamkan keluarkan air or something, if you get what  I mean hehe

Cara membuat:
1. Bersihkan ayam dan basuh kemudian tapis/tuskan
2. Gaulkan ayam dengan semua bahan and then perapkan selama sejam

Tips: Kalau rasa mcm nak serapkan betul betul, cucuk isi ayam dengan garfu, means buat lubang then tenyeh tenyehkan sos tu kat ayam. Nanti penyerapan lebih hihi

3. Bakar kat atas pemanggang or whatever utensils you had sampai nampak garing. Api perlahan, and rajin pantau sebab takut dalam tak masak or terhangusss.
4. Kalau atas pemanggang sapukan minyak tu kat ayam but kalau macam kat kuali leper ke ape, aku tuang minyak sikit atas kuali tu.


after awhile.. 

5. Siap! Boleh hidangggg

Selamat mencubaaaaa! :)


No comments:

Post a Comment