power rangers

Caution: Never underestimate me.


 Online Users

Saturday, February 18, 2017

Euro trip: Bologna Children's Book Fair (day2 till day 4)

GOOD NEWS! 
Owner homestay kat Istanbul tu inform pakngah yg dia dah bank in kan duit ktorg yg tertinggal tu!!
Allah je yg tahu betapa bersyukurnya aku sbb masih ada lagi mereka yg jujur dan amanah kat dunia ni. Serious time dpt tahu tu aku excited and terharu gilaaaaaaaaaa. Yela kau bayangkan duit sekelepuk mcmtu boleh je dia larikan Allahu takde apa yg boleh aku balas selain mendoakan agar Encik Fehmi dan keluarganya diselamatkan dunia akhirah, dijaga kesihatan, keselamatan, dan keimanannya di sini dan di akhirah sana. Aaaaamin!

Aku siap nekad kalau aku pergi balik istanbul tu aku akan pergi jumpa Encik Fehmi, bawak buah tgn dari Malaysia etc etc. One fine day, inshAllah jika Allah makbul.

Pastu aku nak beli turkish delight tu (TOLONGLAH) huaaaa

*****

BCBF Day 1 (4th April 2016)

Good morning, rise and shineeeee! Eceh, acah acah kat bologna lagi hahahaha so pagi ni ktorg akan mulakan misi utama ke italy which is utk attend Bologna Children's Book Fair. So sebelum apa apa aku nak gtau awal awal la, sepanjang bookfair ni berlangsung aku tak banyak amek gambar pun, and mungkin tak byk benda aku boleh share. Certain is private and confidential huhu tapi aku akan cerita kan serba sikit pengalaman yg aku peroleh kat sini :)

Cantikkan? Styleeeeee

Oh ya utk bookfair kali ni izat tak follow, dia duduk kat homestay utk siapkan assignment dia yg supposedly kena submit dlm masa terdekat rasanya hahahahaha *tolong gelak*

Mulakan juga pagi anda dgn selfie, waktu ni la muka paling fresh kot?

So masuk je dalam hall tu, ktorg disajikan dgn sebuah papan besar (aku tak boleh nak recall istilah yg patut digunakan) di mana para pelukis, ilustrator dari seluruh pelosok dunia (wakilkan company) akan display lukisan mereka, siap bagi contact number in case ada company yang berkenan dsb. So first thing yang ktorg buat adalah pergi ke booth utk tgk and set up booth Ana Muslim. 

Then after dah settle set up, ktorg pergi balik kat tempat display lukisan tu semua utk tampal lukisan lukisan cantik dan comel pelukis dari Ana Muslim, better ktorg pergi awal dan cop or tampal tempat yg okay sementara tak ramai lagi org kan? and from time to time, ktorg akan pergi balik kat situ utk tgk if ada tak org yang cuba untuk overshadow atau tutup lukisan yg ktorg tampal ngeee

Ini la dia tempat display bakat bakat lukisan tu. 
Seriously banyak gilaaaaaaa lukisan yang cantik cantik, yela dari pelbagai negara kan, so teknik, kreativiti, idea dan sebagainya pun lain lain. Aku mcm excited gila, lagi lagi aku pun peminat seni (basic je), colors and such so lebih kurg mcm makanan aku jgkla, i mean, aku enjoy la tgk this stuff takdela boring or mati kutu hehehe. Aku amek semua contact number dorg (dalam bentuk name card), bukan sbb aku nak contact, tapi sbb name card dorg comel comel hahahaha seriously tak tipu.

Ok, haruslah? Hahahaha

 So booth ktorg mmg berjiran dgn kota buku, dsb (tak ingat), then aku terjumpa pula dgn this one chef kat semanis fondant kot kalau tak silap aku, yg masuk rancangan tv tu, aku tgk jgkla kadang2 tapi tak follow sgt, hehe

So gambar gambar ni pun aku amek time waktu terluang. Habis je bookfair dlm pukul 6 gitu, agak lemau dan penat jgkla. Bookfair ni bukannya berjual beli brg2, ni nak jual copyright so mcm byk menunggu, dan bercakap sbnrny. Tapi aku tolong mana yang mampu jela. Hehehe

Balik je dari bookfair tu, ktorg follow group kota buku kalau tak silap utk ke tempat yang jual daging halal (kedai arab). Nasib baik ada yg pandai ckp arab, so mereka tlg tawar menawar dsb and yesssss ni of course lah favourite pakngah, sebagai seorang yg cintakan masakan dan gemar mencuba something new, so here it is, beli beli sebelum balik utk masak masak.

and ktorg bru tau rupanya pak arab tu pandai je speaking hahahahahahahahahaha susah2 je nak translate arab T.T


Aku dah KO jgkla, so after tlg masak, mandi (ke?), makan, solat, scroll insta, bebel bebel to sum up the day yada yada yada bum tidur~


BCBF Day 2 (5th April 2016)

So pagi tu pergi tgk booth Nickleodeon dsb, sbb tujuan pergi children bookfair ni pun sbb nak tgk negara lain punya penghasilan buku buku. Hehe 




 Ni kebetulan ada tempat nak conteng conteng so aku acah acah jgkla nak cantikkan, last last tulis nama sendiri je LOL

OK dah habis day 2. Haaa aku dah cakap, takde gambar sgt, gmbr atas ni pun time waktu rehat solat makan, aku rayau sekejap tgk booth lain then back to work

and to make it short, this is the worst day ever!!! utk aku, kaksara and makngah. For what reason, maaf ya huhu tak boleh dedah.

Senang cite aku hampir bertekak dgn mat saleh, sbb dia biadap nak mampuih. Darah dah mendidih. Tapi aku pun sedar diri ini kecil dan apalah sangat kudrat aku, makanyaaaa... hahahaha

Kbye

BCBF Day 3 (6th April 2016 @ last day)

So harini merupakan hari terakhir bookfair ni, then pagi tu ktorg breakfast mewah gila mcm kat bawah ni, actually hari hari ktorg breakfast, tapi aku tak tangkap gambar je. Oh dan setiap kali breakfast, akan ada buat lebih lebih utk dibekalkan pegi bookfair tu for lunch, sbb berjimat okehhhhhh dan susah nak cari makanan halal kat italy.

 Sardin, roti, lempeng, nasi goreng, hotdog wahhhhh alhamdulillah



Then ktorg kemas booth dalam tengahari kalau tak silap, sbb start dari semalam aku dh hilang mood nak tulis note disebabkan mat saleh tu, lepastu ktorg balik ke homestay utk angkut barang barang sbb ktorg akan fly ke Oxford esok pagi dari Milan. Jadinya ktorg akan berangkat dari airport Milan (which is airport yg ktorg sampai ke italy dari istanbul tu).

Dan yuppp aku tidur sepanjang perjalanan hahahahah ntah pape, jalan jejauh sibuk nak tidur baik takpayah kan? T.T aku terjaga time dah nak hampir sampai homestay kat milan tu. So adela jugak merasa sesat sesat sikit nak cari homestay and 5 minit lepastu dah jumpa kbye hahahaha


 atas ni toilet aku, kaksara, and izat. Sejuk gila lah lantai die, xletak karpet ke apa wehhh, nak mandi jgn cerita, mmgla ade heater, tapi tetap sejuk. Nak gosok gigi ngn basuh muka lagi, aku rs mcm boleh beku gigi aku hahahaha

 Sila lah tgk kaksara dah berselubung, dan heyyyy my bantal busuk kaler merah tu pon nak join sekali laaaa hewhew shooo cuteeeee dan izat mcm biasa sllu jadi mangsa kena tdo kat sofa la apela, tp luckily ada single bed ttbe kat hujung tu hahahahahah sorry weh

 dapur not so dapur

 meja makan

living room yg ktorg tak bother pun nak guna hahahaha

haaa ni sebelah meja makan, tak silap aku takyah bayar pun nak minum tu sume, free jek 

 mcm ruang ofis owner and aku selongkar almari belakang tu fuh siap ade nutella dlm paket kecik kecik, berus gigi, tuala bagai dalam tu. Extra kot, tp aku tak amek la, just menyibuk nak tau je. Pastu nak bukak pintu blkg tu ttbe rasa takut plak, hmmm 

 *Bilik pakngah makngah*

Time ni makngah tga solat, terhegeh2 pulak aku nak tgkap gambar la, nak cari brg la, keletang keletung ntah pape je, troublemaker betul


So mlm tu ktorg decide nak makan pizza, makanya yg laki laki keluar utk mencari pizza dan kami yg wanita ni buat la apa yang patut sebelum dorg balik dan kami dptla makan pizza tuna kalau tak silap, lagi satu tak ingat hahahaha.

So saje je aku nak listkan homestay kat italy yang aku suka:
1. yg dekat san marco @ venice tu
2. this one
3. yg english style tu 

huhuhuhu

Setelah meng-judge homestay2 tersebut aku pun beradu~




No comments:

Post a Comment