power rangers

Caution: Never underestimate me.


 Online Users

Tuesday, October 29, 2013

Dove Hairfall Rescue

Assalamualaikum peeps. Hi. *angkat kening*
So aku terfikir nak share sedikit sebanyak pasal tips yg aku rasa maybe berguna untuk wanita wanita kat luar sana dimana mereka busy menyolek tudung tudung dan selendang selendang mereka. Of course lah semua wanita nak kelihatan lawa zahirnya, pakai tudung yg latest fashion tu semua, well benda tu aku sendiri admit kadang-kadang macam best untuk being up to date. Tak rugi or luak manapun mencubakan? Tapi lagi satu benda aku nak admit yg aku ni memang pemalas tahap gaban nak pakai selendang dan kesetiaan aku masih utuh la (setakat ni) dekat tudung bawal.. one of the reason sebab aku pakai spec dan aku tak suka perasaan tudung kembang kembang tu semua. Nak pakai contact lens arghhh sorry to say, den takdo kijooo nak pakai cucuk-cucuk mata tu lagi unless kalau ada event yg memerlukan I bersolek over makdatuks sikit *cough*

Dear girls out there,
Pernah dengar tak rambut itu mahkota wanita?
Pernah atau tak pernah? Kau dah baca kat atas ni means kau dah pernah la kann?
So, no argue.
It means that selain menjaga pemakaian dan kebersihan etc kita, pempuan-pempuan bujangs ni jugak patut jaga rambut. Jangan kau dah cantik-cantik pakai tudung belit-belit but bila bukak tudung, ohmakkauuuu kutu terbang dgn penuh kegirangan.. kelemumur membiak dgn tenang dan bahagia atau pemeliharaan pulau simpan..

Nak dipendekkan cerita, dulu aku ada masalah rambut gugur ni dan benda ni swear lah swear menggugat ketenangan aku sbb aku mmg pentingkan penjagaan rambut. There's one time yg aku rasa tak selesa gile and risau kalau-kalau ada kutu ke apa kat rambut, aku beli bawang merah banyak-banyak, pergi rumah sewa kawan nak tumpang blend :3 and lumurkan kat kepala aku.. dan... seminggu perfume aku tak berfungsi sebab aku berbau bawang.. ngaaaaaaa. Nampak tak kesungguhan aku? Hewhew so kalau aku dpt kongsi sedikit kebahagiaan aku, why not? Hehehe. Aku taknak la dah kahwin nanti suami aku terkejut beruk.. Makanya, aku nak perkenalkan la shampoo Dove Hair Therapy.. (baca sendiri lah) hehe


Orang pernah cakap yg shampoo hari-hari tak elok untuk rambut.. and ade pendapat lain cakap yg kalu shampoo tiap-tiap hari tak effect ape punn.. thus pendapat yg kedua mencuri hati aku. Haaaaa takde masalah pun kau nak shampoo hari-hari plus rambut akan sentiasa wangi, cume dulu time study mungkin masa tu kurang sikit nak bersolek-solek bershampoo-shampoo bagai so sekarang kita balas dendam lah bila dah cuti panjang. Hahaha biar mama aku pening dgn kewangian aku hmphhh :P

Actually byk je lagi product macam serum bla bla bla tapi aku cume pakai 2 ni je. Shampoo dgn daily treatment conditioner, DTC (bukan conditioner biasa) sebab DTC ni kandungannya bewarna gold+putih.

Penggunaannye macam biasela, lepas korang shampoo, sapu DTC ni kat rambut korang time basah tu and biarkan dalam 1-3 minit sebelum bilas balik. Then biarlah kering.~
Aku berani cakap yg ia berkesan untuk aku la, which means aku serasi kot dgn dove. Tak semua org serasi dgn dove but at least korg boleh try kalau korg punye rambut dah gugur tahap bley botaks.hm


Ini suggestion dari aku la. No offend, hope boleh membantu. Selamat pergi mencari :)
p/s: Untuk masalah rambut lain aku tak berani suggest ape-ape sebab takde pengalaman.

No comments:

Post a Comment