power rangers

Caution: Never underestimate me.


 Online Users

Thursday, December 19, 2013

Vietnam: Day 1

Hi Assalamualaikum! 
Apa khabar? 
Semoga Allah panjangkan umur kita agar dapat diteruskan segala kebaikan :)

First thing is mama dah plan nak pergi vacation which is joint venture dgn keluarga pakcik makcik ke Vietnam *claps* hahahaha
Jadi, we berempat (my family) decide untuk pergi sekali this time. Yela, kalau dulu aku pergi US sorang-sorang so kalini sekali satu family hehehe


Dua-dua adik aku ni sakit mata. Pehal tah, so dorang kena pakai spec hitam ala ala retisss gitu so tak menjangkit dgn kitorg pfft

Flight kitorang sebenarnya dalam pukul 12 gitu, tapi sudah menjadi kemestian untuk bertolak awal dari rumah sebab for sure jalanraya akan sesak sebab orang pergi kerja. Maka, kitorang keluar rumah dalam 0830 pagi dan sampai dalam pukul 1030.

Kitorang naik Air Asia.

Lepas timbang luggage dan sebagainya, kitorang duduk lepak dulu sebab ada lebih kurang dalam sejam setengah sebelum fuuuuu ke awan biru. Then cikjo punya family bawak nasi lemak dan roti hotdog so that kitorang boleh isi perut sebelum berangkat.

Sebab? 

Sebab penerbangan ni akan mengambil masa selama 1 jam 45 minit je..
dan kami tak tempah makanan sekali, (ada je yg dapat nasi lemak sbb dorg buy in package tiket)
yes, kami tak. Jadi, tumpang bauuuuuuu je. Lepas tu gatal la tanya pramugari tu, 

"How much for one?"
"Ten ringgit"

Ok. End of conversation. Mahaaaaal gile makaihh, hahahaha walaupun aku faham tu macam harga international ke apa lahhh, semua negara kalau melibatkan foreigner mmg akan naik harga berganda-ganda lalalalalala

Dari seat aku 28A

Buat catatan sikit, travelogue gituuuuu aww. Nasir pun dah pesan jgn lupaaa! Blerghhh

**********

Airport Vietnam.
Terus aku teringat kat Kwang Soo, sebab dia paling popular kat Vietnam. Hahahahaha
First tips: Kalau korang berniat nak pergi vacation dan memerlukan khidmat travel agency, sila pilih betul-betul!

Kenapa? 
Sebab time dah sampai airport ni, kitorang jumpa 2 orang malaysia yg kena tinggal dgn travel agency dorang. How comeee?
Well, come on lah! Even aku tahu every ppl make mistake, tp kau kena tahu lah ape kerja kau sebenarnya. Make sure semua "pengupah" kau ada sebelum chowww macamtu je. Dahla kat tempat asing, omg

Then time balik td jumpa org yg ambil travel agency dari Malaysia utk jd tour guide kat Vietnam dan resultnya adalah mereka tak puas hati langsung!

Katanya: 
"Dorang mmg tiptop time nak arrange kat Malaysia, tp teruk sgt sgt kat Vietnam. Dorg tak jaga hal dalam pemilihan makanan, bedal halal ke haram ke taknak confirmkan dulu. Tak jaga solat, tak jaga masa, penginapan blablabla"

Nasib baik aku punya tour guide (dari Viet) tu mmg terbaik gilaaaaa. Nama dia Ali. Dia sgt punctual, bertanggungjawab dan boleh diharap.
Dia punya plan sgt teratur, which means semua benda dia handle dan kau hanya perlu ikut je, and bantah sikit sikit :P

Plus pesan Ali, semua makanan yg ditulis halal je halal. Yg tepi jalan jgn makan, even kacang dan pulut color-color!

Kesimpulannya, aku rasa better cari tour guide dari negara yg nak pergi tu sendiri. Sebab for sure dia lagi pro selok-belok and language negara tu kann?
Macam Ali ni jugak, dia yg handle tambang teksi, sbb dia ckp kalau foreigner yg handle sllunya akan kena ketuk sikitlahhh. Betterkan? Banyak advantage~

********

Lepas check in hotel, Blue River hotel, kitorang pergi makan kat The Daun Restaurant which is islamic punya masakan and lepas solat kat sini, chowwww pergi shopping. Hahahaha


Pasar malam ni mmg best! Kitorang pusing-pusing je dulu, panaskan badan hahahaha
Lepastu balik hotel, solat, bam! krohh krohh


No comments:

Post a Comment