power rangers

Caution: Never underestimate me.


 Online Users

Wednesday, April 16, 2014

Kundasang; A place to go to!

Assalamualaikum! 
Hiks hiks ketawa gedik jap. Haha


As I've promised before on my recent post, that I will update about our trip or 'school trip' to Kundasang nomnom. Alhamdulillah praise to Allah we went in one piece and pulang dengan sempurna tanpa cacat cela. Syukur ya Rabb! :D

The story begins...........

Tuesday, 15 April 2014

Pagi tu actually patutnya ktorang ambil kereta pukul 10pg unfortunately penyewa tu ada hal so aku dgn nad gerak awal sikit sbb dia suruh ambil pukul 8. Lepas je settle hal sewa blabla kat UA siap payment lg ktorang berdua punya meraban cari kat mana stesen minyak?! An issue betul weh. Last last aku drive ke KK nasib baik ade seketul haaaa amekkau seketul stesen minyak. Si nad ummmm mengisi tangki minyak sampai melimpah ye kawan kawannn so cuteee hahaha! Tak pernah doh aku isi minyak sampai terkeluar minyaknye. Fyi kami guna kereta Alza dan untuk full tank it cost RM 77.26. And ktorg jumpa Fadzrie kat situ jugak dan mamat ni insist suruh aku drive jgk -_-  

Lepas je semua orang siap, ktorg g makan kat Nasi Ayam Juara kat Sulaman sebelum Kak Ju drive ke Kundasang.. Lalu lah politeknik, dan macam-macam lagi tempat aku tak ingat namanya sebab semua nama tempatnya sangat unik ye. Tak dapat nak hadam lagiii >< 

Perjalanannya panjang boleh dikatakan dalam 2 jam lebih kalau aku tak silap. Kereta mampat, dan ada je persinggahan sebab nak muntah. Nama nama tertentu dicensoredkan hahaha aummm. So ktorang singgah kat Pekan Nabalu Market utk usha t-shirt t-shirt best. Banyak brg brg yg boleh dibeli kat sini. Kena pandai tawar sbb sllunye dorg letak harga pelancong kat org semenanjung. Minta tolong kwn sabah kau negotiate dgn peniaga tu. Confirm kurang! (y)

Lepas lenggang2 ktorg teruskan perjalanan. Satu tips utk pemandu, disebabkan jalan macam ular kena palu, tlg jangan bawak laju2 or else tayar korang akan haus and panas. Tayar kami begitu ye dan itu menjadi issue sehingga saat nak balik. Alhamdulillah tak ada apa2 :) sblm sambung perjalanan, ktorang check in kat homestay sblum gerak terus ke Desa Dairy Farm. Meh la tgok gambar, penat aku nak menaip aaaaa








It cost only RM4 per entrance (dewasa). Murahkan? Berbaloi2. Hahaha aku mcm kenal ayat ni hm. Dalam ni korang boleh rasa susu segar fresh dan bugar bgitu jugak dgn aiskrim. Aku beli aiskrim choc-van dgn harga RM5. Susu RM 5.80 (kotak besar) and RM 4.80 (kotak kecil). Aku rembat qila alias punya muahahahaha *like a boss* *thanks* nomnom


cik nadia

Patutnya boleh perah susu lembu, kalau ikut perkiraan Kak Ju la, tp entahla *lost* tp tak dapat nak perah susu lembuuuuu la. Banyak sgt perkataan 'la' nihh. Tp viewnya Subhanallah cantik aku tak tipu. Boleh nampak gunung kinabalu, dengan rumput menghijau, sejuk sejuk kau rasa macam kat oversea. New Zealand tak pernah plak aku pergi, tapi aku yakin lebih kurang. Keyakinan tu yang penting ye. Haha

Lepas tu kitorang gerak ke Kundasang War Memorial Lest We Forget yg entrance fee nya cumalah RM2 sahaja *claps* hahahaha. Sambil menghayati sejarah sejarah hahayati tak sangat -.- kitorang bergambar. And aku terjumpa satu frame tu yg dia cakap ada jalan yang dipenuhi roh orang yg mati...... tertelan air liur aku tengok. erkkk k k k 

 cik tika kecik
Inilah roomate I kat siniiii. Lagi rendah hahahahah ni kalau dia baca mampuih aku, merajuk setahun terus! ><

 Watson
Kihkih


 cik qila alias

 qila alias, qila anurin
Yang sorang cooliddat and budak baju merah tu aku rasa nak piat je telinga dia haahhaha

hazwan
Hazwan ni aku paksa buat gaya model. Chin up, muka serious ala ala kerek gitu, as cool as possible. Hahaha inilah hasilnya. Banyak lagi percubaan dia tapi macam pehal nak masuk semua hahahaha

Tak semua gambar aku masukkan, nanti banyak sangat pulak. Gambar banyak kat Fadzrie and Kak Ju and anak buah dia tunggu kitorang kat bawah sbb Kak Ju dah dtg sini brape kali dah. Tp still teman kitorang. Baikkan? *tears*

Dah petang sangat dah time ni, kitorang nak pergi ke homestay (Kiram's Village Mesilou Kundasang) terus. Nama homestay ktorang Carrot. Ada 3 bilik, 3 bilik air, 2 katil queen, satu single bed and satu double bed eh org panggil? Haaaaa banyakkan? Banyak lagi nama, strawberry, kobis dll. 


Malam tu, ktorang terbahagi kpd 2 group which is satu group masak jemput2 dan buat air dan lagi satu group main kat poker. Kitorang main black jack tapi tak guna duit ok!! Main donkey, snap dan satu rumah meriah dengan suara kitorang. Hahahahah bising gile dan apa yg kelakarnya ialahhhhhh bila main donkey dan wan dengan bersemangat dan penuh keyakinan menyamakan kad nombor 6 dan 9 sekaligus membuatkan permainan tu ada dua orang yg kalah. zzzzzz

Kak Ju pulak..... punyalah main donkey ni... dia dah habis dulu dan rupanya..... dia tak simpan pun satu donkey sekaligus membuatkan permainan tu tiada yg kalah. Semua kad telah selamat disamakan zzzz hahaha

Wednesday, 16 April 2014


Lepas je solat subuh, plan nak tengok gunung KK ke laut ye. Aku pergi tertidur balik kat bilik zzzz sengal--- ya Allah sejuk gila time ambil wudhuk tu, aku rasa macam letak air ais kat muka tangan semua. Even heater dia pun tak begitu memberangsangkan. Siap ada blackout ye pagi pagi tu. Heater shower tak berfungsi. Nak tahu apa? Aku mandi dengan air sejuk beku tu!!  Ya Allah aku tak tahu nak gambarkan cmne, tapi aku mmg mandi air yg sejuknya mcm straight from refrig! Mommyyy T.T Aku dgn qila alias je yg xbernasib baik kena mandi cemtu... nak jerang air malas... lepastu tetibe ade plak elektrik.... aku mcm aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 

 Tapi.... to be positive, aku search kebaikan mandi air sejuk;
1. Meningkatkan imunisasi badan
2. Melancarkan aliran darah
3. Mengawal suhu badan
4. Membantu untuk kurus/ meningkatkan metabolisme badan
5. Mengurangkan tekanan perasaan
6. Meningkatkan penggerak cecair limpa
7. Menguatkan pernafasan
8. Menjadikan kulit dan rambut lebih sihat :)
9. Meningkatkan tenaga
10. Meningkatkan penghasilan hormon


Lepas tu sambil tunggu yang lain lain siap, aku tika ngn fadz jalan-jalan kat sekeliling tempat tu. Cantik! Banyak bungaaaaaaaa awhh bestnya! Sejuk je, dengan pemandangan gunung KK kat depan mata luas terbentang Allah hu Allah. Siap boleh nampak kerak gunung tu aku rasa. Macam scratch scratch tu.

 Bawah aku tu dorang buat penanaman kobis dsb. Tak boleh turun, jauh sangat, lagipun ade anjing guard @.@
Lepastu kitorang sempat ke Pasar Tamu berdekatan dgn Ranau. Ingatkan nak pergi Sabah Tea and Hot Spring, tapi memandangkan kitorang risau mengenai keaadaan tayar kereta, lepas je breakfast terus bergerak ke Kinabalu Park.

 Aku tak mendaki pon. Yang tepi tu Fadzrie.



 Aku tak sangka tupai kat situ macam mesra gile kot. Memang serious aku teringat time kat US dulu pehhh best gile main tupai. Dok lompat sana lompat sini then bawak geng mintak makanan hahaha si myra tertumpahkan coke dalam beg pun tupai tu bantai minum. Lepas ni mesti high si kecil tu mihmih omeyyyy

Singgah lagi kat Pekan Nabalu Market untuk shopping yg real shopping punye. Muahahaha

Balik tu Kak Ju drive ikut jalan belakang. Then singgah ke Tanjung Aru ^^


Tak lama pun kitorang singgah sebab kejar masa ngn abg sewa kete tu. Tapi niceee la. Berangin kannn. Lagi lagi boleh makan jagung, kacang, dengan kepak ayam madu ke apa tu pehhhh lepas soksek soksek ktorg nk gerak balik. 

Lepas hantar Kak Ju and Fadzrie, aku drive ke UA ikut jalan belakang dan ya Allah jammed ok jammed. =.= walaupun kereta auto but still kaki aku cramp yg maha cramp. Hahaha T.T Aku rasa jammed dalam sejam jugak la sbb waktu orang balik kerja, balik sekolah kannn. Abg kete dah call msg bagai tapi eh rileks laaa kami pinjam kami bayarrrr okay. Nad dah cuak cuak alam dah, sbb dia yg deal dgn abg kereta tu. Hmmm ingatkan garang sangat abg tu, tapi tak langsungggggggggg dia sangat ok je, mungkin partner dia merangkap abg kandung dia yg potpet sikit. Aku faham, pinjam kereta bukan benda kecil, mesti dia risau sbb ktorg janji pulangkan pukul 3, drag smpai pukul 5. Faham faham.

So begitulah, dan mungkin ada part yang aku tertinggal. Tapi cukuplah. Aku rasa dah macam buat karangan yg harus melebihi 360 pp. Hahahaha dan begitulah ceritanyaaa.. 

We had fun and merindui suasana dekat Kundasang tu. Sesiapa yg nak pergi jangan hesitate ye, tapi make sure pergi la semua tempatttt jgn skip2. Service kereta, check tayar check minyak bawak spare tayar and don't speed ok? :)

Sewa kereta: 011-3144-3650 (Akbar)
Kiram's village: 019-821 3443


-end-





No comments:

Post a Comment